Thursday, January 9, 2014

RESEPI KEK RED VELVET YANG WALLAAA BERSAMA SALJU DAN CHEESE MELELEH WALLAWEIII...


ASSALAMUALAIKUM...


resepi kek red velvet yang wallaaa bersama salju dan cheese meleleh wallaweiii 1


FUHHHHH!! Punyalah panjang tajuk dan resepi tu kan.. hihihi. Sebenarnya SK ni bukanlah peminat kek red velvet (RV)  tapi disebabkan baru-baru ni ada seorang kawan SK yang mintak supaya SK buatkan RV untuk hari lahir anaknya, maka SK teruslah menggoogle 'resepi kek red velvet yang sedap' dan SK telah bertemu jodoh dengan blog ini. Walaupun resepinya bukanlah satu resepi RV yang mudah dan ada beberapa langkah tapi bagi SK apa salahnya mencuba lebih-lebih lagi puan blog ini, Dzu Liza memberitahu bahawa ini adalah antara kek RV yang sedap beliau pernah rasa. SK juga tertarik dengan cara penyediaan RV ni yang agak unik terutama di langkah yang akhir tu. Dan, bila kek tu dah masak dan SK membelah bahagian tengahnya, SK dapati struktur keknya amatlah gebus gebas. Wallaweiiiiiiiii.. takkan nak tengok saja orang punya kek, kan.. maka jomlah kita buat untuk diri sendiri pulak.. hihihi..


resepi kek red velvet yang wallaaa bersama salju dan cheese meleleh wallaweiii 2


Dan benarlah apa yang dikatakan oleh Dzu Liza. Resepi ini bukan sahaja menghasilkan RV yang gebu tetapi juga sangat sedap lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan cream cheese dan parutan cheddar tu. Dan.. daripada seorang yang bukan peminat RV rasanya SK dah jadi peminat pulak ni... macammana ni. Makin mantaplah lemak-lemak kat badan SK ni nampaknya, huhuhu...



Resepi Kek Red Velvet Yang Sedap (dan gebus gebas!!)

Sumber : Dzu Liza dan PurpleUngu

Bahan A - Satukan dalam satu bekas dan ketepikan

240 ml susu cair/susu sejat

2 sudu teh cuka

4 sudu teh pewarna merah

Bahan B - Ayak semua bahan

250gm tepung gandum

1/2 sudu teh garam

2 sudu besar serbuk koko

1 sudu teh baking powder

Bahan C

150 gm mentega (lembutkan)

280 gm gula castor (SK letak 250 gm sahaja)

1 sudu teh esen vanilla

3 biji telur gred C (SK guna gred B)

Bahan D

2 sudu teh cuka

1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara


  1. Panaskan oven lebih kurang 15 minit pada suhu 160C

  2. Pukul mentega, gula castor dan esen vanilla hingga kembang

  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang

  4. Masukan Bahan A dan Bahan B secara berselang seli. Pukul hingga sebati semua bahan.

  5. Dalam bekas lain masukkan Bahan D dan tunggu bunyi berdesing hilang ( dalam 1 saat) dan masukan Bahan D ni ke dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.

  6. Masukan adunan tadi dalam loyang yang telah dileser dengan mentega. SK guna loyang 8"

  7. Bakar dalam suhu 160C. Guna api atas bawah dalam 3o minit atau sehingga kek masak. SK bakar 50 minit.

Untuk krimnya SK buat adunan krim cheese meleleh dan parutkan cheddar cheese di atasnya.. memang wallaweiii sungguhlaaaaaaaa.. hahaha.

Krim Meleleh : Putar sehingga kembang dan licin

250 gm cream cheese

1 tin susu pekat


  1. Kek yang telah masak tadi, sejukkan dahulu kemudian di belah bahagian tengahnya berhati-hati.

  2. Tuangkan separuh krim di bahagian tengah dan lapikkan dengan sebahagian kek lagi.

  3. Tuangkan sehingga habis semua krim

Keju Cheddar : Parutkan di atas krim tadi. Lagi banyak lagi mantap!!!

No comments:

Post a Comment