Friday, November 8, 2013

"Mudahnya Menjemput Rezeki"



Bismillahirrahmanirrahim.






Assalamu'alaikum.






Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.






Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.










quot mudahnya menjemput rezeki quot 1







Alhamdulillah! Baru-baru ini saya telah dihadiahkan buku di atas ini oleh salah seorang menantu saya. 






Buku ini ternyata amat laris. Buku yang ada di tangan saya ini adalah cetakan ke 11. Cetakan pertama ialah pada tahun 2012. Cetakan kedua, ketiga dan keempat pun pada tahun itu juga. Selebihnya adalah cetakan pada tahun 2013. Bayangkan betapa popularnya buku ini.






Bila saya google ramai yang telah menulis dalam blog masing-masing yang menyatakan memang buku ini banyak memberikan manfaat kepada mereka. Alhamdulillah! suami dan anak-anak saya juga berminat untuk membaca buku ini dan ingin mengambil inspirasi daripada saranan pengarangnya.






Isi kandungan buku ini bolehlah dibaca dengan klik di SINI 






Bagi saya keseluruhan isi buku ini boleh menyuntik semangat untuk kita beribadah bukan sahaja kerana kita amat memerlukan rezeki dan berhajat kepadanya. Rezeki bukanlah terhad kepada yang ditafsirkan sebagai harta atau wang malah kesemua nikmat itu adalah rezeki sebagaimana yang dihuraikan dalam Bahagian 1 buku ini.






Apa yang ingin saya highlightkan di sini ialah tentang Menjemput VS Mencari pada Bahagian 2 : Menjemput Rezeki.





Pada Bahagian 2 : Menjemput Rezeki; pengarang pecahkan kepada bab seperti berikut:






Bab 11 : Menjemput VS Mencari


Bab 12 : Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat


Bab 13 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud


Bab 14 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha


Bab 15 : Menjemput Rezeki Dengan Zikir


Bab 16 : Menjemput Rezeki Dengan Doa


Bab 17 : Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain


Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah


Bab 19 : Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran


Bab 20 : Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna


Bab 21 : Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur


Bab 22 : Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha



Bolehlah saya simpulkan bagi Bab 11 (Menjemput VS Mencari) pada Bahagian 2 ini seperti di bawah:






Pasti ada di kalangan kita pernah kehilangan kunci. Bagaimana rasanya mencari kunci yang hilang? Cari di sini tak jumpa, di sanapun tak jumpa. Berdenyut kepala mencarinya. Itu jika di dalam rumah. Bagaimana pula jika hilang di luar rumah? Wah! Tentu lebih lagilah peningnya!






Kita juga pernah menjemput seseorang. Tak kisahlah apa majlis pun. Di sini yang penting adalah strategi kita menjemput seseorang itu. Bagaimana cara kita menjemput? Pastinya bukan satu cara. Ada kita jemput dengan mulut, ada dengan kad jemputan, ada dengan mewakilkan orang lain menjemput secara lisan dan ada pula yang perlu kita jemput dengan menghadirkan diri/bertemu sendiri dengan orang yang nak dijemput itu.






Menjemput seseorang itu perlu ada strategi, jika betul caranya peluang untuk dia datang adalah besar kemungkinannya. Jika sebaliknya mungkin dia menjawab dengan berlapik.






Rezeki kita pun demikian juga. Lebih mudah kita ikhtiar menjemput daripada mencari. Pelbagai cara boleh kita ikhtiar untuk menjemputnya. 






Paling utama ialah perlu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa iaitu buat yang Allah suruh tinggalkan yang Allah larang.






Siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya rezeki datang tanpa disangka-sangka (begitulah lebihkurang maksud ayat 1000 Dinar). Ayat seribu Dinar tu bukanlah untuk digantung tetapi untuk diamalkan saranannya iaitu mesti bertakwa. Jadi kita kena faham maksud takwa dan amalkannya.



Kesimpulannya untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya. Malah, sumber datangnya pun tidak disangka-sangka. Pengarang buku ini mendedahkan formula bagaimana "Mudahnya Menjemput Rezeki" .







"Mudahnya Menjemput Rezeki" merupakan buku yang baik untuk dibaca dan difahami dan diamalkan saranannya. 







Bolehlah menonton Bicara Addin 03-11-2012 bersama Ustaz Fathuri Salehuddin bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki.






Perbuatan yang sangat halus Allah balas. Perbuatan dalam hati Allah balas. Allah itu sangat teliti. Kiri kanan malaikat sedang mencatat. Malaikat hanya boleh mencatat apa yang dilihatnya sedangkan Allah melihat kita luar dan dalam. Begitulah muqaddimah Bicara Ad-Din di bawah:



















Mudah-mudahan memberikan manfaat.







No comments:

Post a Comment