Tuesday, November 5, 2013

Sekadar untuk pengetahuan-gelaran negeri-negeri di Malaysia


Kalau tulis alamat di atas sampul surat atau mana-mana dokumen,rajin tak tulis penuh.Contoh: 27300,Benta,Pahang Darul Makmur.Saya selalu juga tulis penuh sebegitu alamat saya.Ada 3 negeri yang saya lihat sudah ada gelaran nama baru.

1. Kedah Darul Aman

2.Negeri Sembilan Darul Khusus

3.Pahang Darul Makmur

4.Kelantan Darul Naim

5.Johor Darul Takzim

6.Perak Darul Ridzuan

7.Perlis Darul Sunnah

8.Selangor Darul Ehsan

9.Terengganu Darul Iman

10.Sarawak Bumi Kenyalang

11.Pulau Pinang Pulau Mutiara

12.Sabah Di Bawah Bayu

13.Melaka Darul Azim

14.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

15.Wilayah Persekutuan Putrajaya


Kalau ikutkan dulu Perlis Indera Kayangan kan,Melaka Bandaraya Bersejarah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya tiada.Namun baru-baru ni,saya ke Muzium Negara Kuala Lumpur,saya terlihat senarai bendera negeri-negeri di Malaysia di gantung beserta dengan tulisan gelarannya sekali.Jadi rupanya gelaran Melaka dan Perlis sudah ditukar.




sekadar untuk pengetahuan gelaran negeri negeri di malaysia 1



sekadar untuk pengetahuan gelaran negeri negeri di malaysia 2

Dulu alamat dalam kad pengenalan saya ditulis Selangor Darul Ehsan walaupun alamat saya di Kuala Lumpur sebab kawasan saya lebih kepada dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya,Selangor.Kini selepas kad pengenalan saya hilang,alamat saya di Kuala Lumpur tetap sama cuma ditukar ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Saya pun tak tahu macam mana mereka bahagikan kawasan perumahan saya tu.


Jadi sekadar untuk pengetahuan saya,saya masukkan dalam entry saya Saya pun baru tahu.Maklumlah saya dah lama tak menulis surat kepada kawan-kawan,Sekarang ni hantar SMS je kan.Lagi senang cepat sampai.


Pesanan: Lama dah tak beli setem,ke pejabat pos pun boleh kira dengan jari berapa kali dah pergi sana.





No comments:

Post a Comment